** kata kata mutiara **

“Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu jauhilah dia” - Luqman Al-Hakim

* coretan *

kadang kala pertemuan buat kita rasa bahagia..kadangkala rasa menyesal itu menguasai diri atas pertemuan ..namun siapa kita untuk menghalang atau mengkriktik takdir dari yang MAHA ESA..kerana sebuah pertemuan atau perpisahan itu pasti akan didatangi kebahagiaan atau pun kesedihan..kerana DIA ingin menguji sejauh mana kekuatan kita menghadapi setiap ujian yang DIA diberikan buat kita..kita harus bersyukur kerana diberikan waktu untuk menikmati saat saat begini...dan kita perlu hargai saat saat begini kerana bila tiba masa nya waktu perpisahan akan tiba bila ajal maut itu menemui kita semua...kerana setiap pertemuan ada perpisahan dan setiap yang hidup pasti akan kembali kepada NYA..

Mar 30, 2009

*nak menjiwang kan diwi...*

dalam hidup ini
kita terpaksa menghadapi segala nya...
dari awal hingga akhir...
segala dugaan kita perlu tempuhi..
hidup ini penuh dengan dugaan..
pendustaan hidup...
penipuan....
kecurangan...

dalam kita meniti kehidupan sehari-harian...
dalam kita mencari rezeki tuk keluarga..
kita akan bertemu dengan pelbagai manusia..
insan yang penuh dengan hipokrit..
insan yang penuh dendam..
insan yang penuh dengan falsafah hidup...

dalam kita mengenal seseorang..
kita akan melalui pelbagai dugaan..
cabaran, rintangan, pendustaan, penipuan,
tapi kerana itu..
kita akan menjadi lebih tabah dan kuat
kerana itu kita belajar dan tahu
erti kehidupan sebenar..
erti kedewasaan...
erti sebuah perjalanan sebuah kehidupan itu..

kita tidak perlu menangis..
kita tidak perlu meraung sekali pun..
sekiranya kita gagal...
mungkin kita akan sedih...
tapi hakikatnya..
disitu la perjalanan hidup kita..
di situ la permulaan kehidupan kita...

0 tunding jari kat saya :

Followers

Template by:

Free Blog Templates