** kata kata mutiara **

“Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu jauhilah dia” - Luqman Al-Hakim

* coretan *

kadang kala pertemuan buat kita rasa bahagia..kadangkala rasa menyesal itu menguasai diri atas pertemuan ..namun siapa kita untuk menghalang atau mengkriktik takdir dari yang MAHA ESA..kerana sebuah pertemuan atau perpisahan itu pasti akan didatangi kebahagiaan atau pun kesedihan..kerana DIA ingin menguji sejauh mana kekuatan kita menghadapi setiap ujian yang DIA diberikan buat kita..kita harus bersyukur kerana diberikan waktu untuk menikmati saat saat begini...dan kita perlu hargai saat saat begini kerana bila tiba masa nya waktu perpisahan akan tiba bila ajal maut itu menemui kita semua...kerana setiap pertemuan ada perpisahan dan setiap yang hidup pasti akan kembali kepada NYA..

Mar 19, 2009

penulisan yang penuh

salam to all blogger yang amat disayangi dan dirindui..cehhhhh..macam saya nak pergi jauh-jauh yang tak akan jumpa berblogger dengan korang lagi..wahhh saya menggunakan penulisan yang penuh....tidak apa kita cuba buat yang terbaik dari yang terbaik..

saya ini tidak la pandai berbahas-bahas mahupun menulis karangan yang panjang-panjang serta puitis..cehhhh...serius ini saya tidak pandai untuk menulis karang yang berjela-jela..sampai melebihi satu atau tiga muka surat semasa saya sekolah dulu..ketika di tingkatan satu hingga lima...spm pun dapat berapa sahaja....cehhhhh...

kalau dahulu saya selalu mendiamkan diri mahupun telah belajar sampai politeknik...saya ini kalau saya tidak biasa dengan seseorang itu, saya akan mendiamkan diri..tetapi sekiranya saya patut dan perlu memulakan perbualan itu dahulu saya akan mulakannya dahulu...agar seseorang yang ingin menjadi sahabat saya tidak akan rasa kekok..

tetapi dahulu ketika di sekolah menengah, saya lebih dikenali seorang yang berbadan kecil tetapi mempunyai suara yang besar dan nyaring..ya, memang suara saya nyaring dan besar tapi tidak semestinya saya bukan seorang yang kasar mahupun tidak romantik..oppppsss saya tidak bermaksud untuk menyatakannya..sebenarnya saya juga bukan seorang yang berjiwa romatik dan jiwang..tetapi sebagai seorang insan yang biasa kadang-kadang itu perlu dalam diri kita...hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja "mereka-mereka" ini dapat melihat saya berkeadaan begitu....

********************************************************************************************************

okey sekarang saya mahu bercakap pasal seorang minah dekat dalam akademi fantasia 7 yang berjaya masuk ke dalam akademi itu..bukan saya hendak menhukum seseorang itu tanpa tahu dia itu siapa..tetapi kadang kala kita juga boleh menilai orang biarpun kita tidak mengenali seseorang itu dengan rapat..kerana "kadang-kala" apa yang kita lihat itu adalah menggambarkan perwatakkan seseorang itu..

budak perempuan itu saya memang tidak minat langsung la. biarpun dia cantik..biarpun dia baik..atau budi pekerti nya elok..tapi pada penglihatan saya dia ini seorang yang "kontrol" diri..entah la..mungkin juga ingin menarik perhatian budak lelaki dalam akademi tersebut..mungkin juga ingin mencuri perhatian media massa dan penonton yang mengundi...tetapi semalam dia kena teruk oleh budak lelaki...balik-balik kata kawan dia ramai lelaki tetapi tidak boleh dilayan seperti budak lelaki..apa maksudnya??ya kita tahu bukan semua yang dapat dilayan oleh budak lelaki tetapi tidak payah dan tidak usah la diulang beberapa kali seolah-olah ingin meminta simpati mahupun orang faham dia yang dia itu bagaimana orang nya..

saya minta maaf kepada sesiapa yang lebih mengenalinya..kerana ini penulisan ini hanya la tertulis dari pandangan mata saya sahaja.

diharap kalian sudi-sudi memberi komen..hahahhahhaa....

akhir kata..

ada kah aku berjaya ????

6 tunding jari kat saya :

ijechan said...

yeayy!! berjaya. haha. =D

btw, siapakah gadis itu? cam tau je. huks2.

*tak tgk sgt pun af. tgk kdg2.

d i D a_LittLeBaby said...

hahahha..

saper??

jeng..jeng/../jeng......

nengok baru tahu..nate kita cete kat ym....

hahhaha

atty's said...

sapa kah gadis itu

atty's said...

dik kty tau sapa..aku jugak cukup menyampah..kata ramai kawan lelaki..kena skit nangis macam mati laki..afundi kuar rini..

d i D a_LittLeBaby said...

GADIS ITU ADALH.......?SI DIA YANG CONTROL..HIHIHIHI..FIKIR SENDIRI LE ERK C ATTY...MESTI TAW KAN....

d i D a_LittLeBaby said...

hihihihihi..ya..menyampah..betul3....tu la pasal..memang ar pompuan ni jiwenye sensetif but lau dah ramai kawan lelaki u can be strong..betul tak....??

Followers

Template by:

Free Blog Templates